OK nak tanya, korang dah pernah pergi kursus pra perkahwinan? Aku just nak share la kan for those yang bakal menjadi pengantin tu. :)
Saja aku bagi tajuk tu sebab kitorang memula start session tu pon Ustaz-ustaz duk panggil bakal pengantin. ayoyo :S
Kursus ni aku buat kat Dungun je, sementara tengah belajar lagi ni kan senang sikit. Nanti bila dah kerja, susah pulak nak mintak cuti. Bila nak kahwin esok lusa takda la kelam kabut sangat kan. #cewahhh. Lagi satu buat dengan kawan-kawan, syok sikit. ngee
Aku pergi berlima dengan Ida, Tira, Zira dan Za.
7 Disember 2012
Sampai je pagi tu dekat Pejabat Agama Dungun, daftar ambik fail terus masuk dewan. Masuk je dewan elok-elok je kan dorang reservedkan untuk kami berlima kat meja depan sekali. Memang daebak lah!!
Tambah pulak pakcik urusetia tu suruh kami penuhkan meja depan, kami pon dengan semangat yang berkobar-kobar nak berkursus, penuhkan la saf depan tu. Takpa la, dapat pahala lebih sikit majlis ilmu kan. *tak sempat pulak nak ambik gamba masa tu
Dalam fail tu macam biasa la ada buku yang aku rasa semua orang pon akan dapat. Ni haa buku dia.
Yang ni edisi kedua dah. Masa zaman abang kakak aku dulu lagi tebal tak silap
Sesi petang tu ustaz ada suruh cari pasal 7 golongan yang dapat payung masa akhirat nanti.
So ni yang aku dapat pasal 7 Golongan Yang Dapat Payung di Akhirat nanti:
1. Pemimpin (imam) yang adil.
2. Pemuda yang membesar dalam ibadah kepada Allah.
3. Lelaki yang hatinya sentiasa rindukan (teringat-ingatkan) rumah Allah.
4. Dua orang lelaki yang cinta mencintai kerana Allah bertemu dan berpisah kerana ALLAH.
5. Lelaki apabila mengingati ALLAH bersendirian menitis airmatanya.6. Seorang lelaki yang dirangsang oleh seorang perempuan berdarjat lagi cantik untuk berzina, lalu ia berkata: “Tidak! Aku takutkan ALLAH” (inni akhofullah)
6. Seorang lelaki yang dirangsang oleh seorang perempuan berdarjat lagi cantik untuk berzina,
lalu ia berkata: “Tidak! Aku takutkan ALLAH” (inni akhofullah)
7. Lelaki yang bersedekah dan tidak pula dimegah-megahkannya.
OK. Done for the first day kitorang.
p/s : kepada sapa-sapa yang ada abang ganteng-ganteng kat luar sana tu, boleh la introducekan :P Sijil pon dah ada ni. wakaka *lempanglajulaju
No comments:
Post a Comment