Assalamualaikum.
Lama bebenor nak buleh hapdate second part nih. Nak wat caner, busy je manjang. So ni sambungan dia.
Sesi pagi tu start dengan topik komunikasi suami isteri.
Komunikasi antara suami isteri ni penting sangat-sangat sebab kebahagiaan keluarga bergantung pada keberkesanan komunikasi itu sendiri *ehem, ayat dah macam penceramah* :P
Selain dari pertuturan, banyak medium untuk berkomunikasi sekarang kan. Tambah-tambah pulak zaman sekarang ni. Kalau malas nak call dan banyak kerja sangat, boleh SMS je. Kalau terlebih rajin dan rindu nak tatap wajah suami or isteri tu, boleh je terus video call. Takpon kalau ada internet, boleh ber webcam. Haa, jadinya memang takda alasan la kan. Gunakanlah teknologi yang sedia ada. Apa guna ada phone mahal, tab segala bagai kan??
Ini antara cara komunikasi yang berkesan, aku ambik 5 je:
1) Lemah lembut bila bercakap
2) Panggil pasangan dengan nama yang manja. Yang ni aku rasa tak perlu contoh kot. Budak UPSR pon tahu.
3) Elakkan bercakap serentak. Nak-nak si isteri, kalau suami tengah bercakap tu, kita dengar je la. Ni tak, sama naik je. Mana tak hangin laki kau.
4) Tegur suami atau isteri kalau salah. Tapi tegur dengan cara yang elok la, jangan la tengking ke maki ke oke.
5) Beri tumpuan semasa bercakap. Seeloknya, bertentang mata. Bak kata orang dari mata jatuh ke hati kan?
Lepas tu sambung dengan topik Ibadah. Masa sesi ni kitorang meja depan semua pakat kena soal. Hahaha, nasib baik soalan nya suruh terangkan maksud wajib, haram, makhruh tu semua. So boleh ingat lagi la. Alhamdulillah :)
Sesi petang start dah cakap pasal cerai berai segala. Sengaja dorang letak part ni last sekali sebab siapa yang nak bercerai kan.
Ustaz tu ada bagi contoh cerai talak kat kitorang.
Macam ni.
-> Pagi tu suami bangun pagi, isteri tengah masak kat dapur. Pastu masa nak pergi kerja tu si suami lafaz "sayang, abang ceraikan sayang, bye, muaahhh" :-* #masa ni jatuh satu talak.
Tapi masa balik dari kerja suami dia rujuk balik pulak. Jadi la suami isteri balik mereka ni. Senang kan?
-> Then, hari kedua si suami buat lagi macam hari pertama. #jatuh talak kedua. Balik kerja suami dia rujuk balik, jadi suami isteri balik.
-> Sampailah hari ketiga suami dia buat lagi. Dengan niat main-main je tapi masa ni suami dah tak boleh rujuk balik dengan isteri dia sebab dah cukup 3 talak.
Jadi pentingnya la ada ilmu agama ni kan. Takda suka-suka main dengan talak ni. Diri sendiri merana, si isteri lagi la merana.
Last session dapat SIJIL KAHWIN. Boleh la kahwin lepas ni. Tak sabar nak kahwin. miahaha *gelaksopan*
ASMIRA BINTI ISMAIL
K/P: dotdotdot
Begitulah weekend kami yang diisi dengan Kursus Pra-Perkahwinan selama 16jam. Yang belum pergi lagi cepat-cepat la pergi. Jangan duk risau sangat lah, sebab sijil ni buleh guna sampai bila-bila. Even uolls nak kahwin umur 90 pon.
Mana tahu untung-untung jumpa jodoh kat situ. Ye dakk?
P/s : Dah ada calon yang macam Adam Mukhriz untuk aku? Johan Rebonding tak minat. Kbai!
No comments:
Post a Comment