Assalamualaikum
Haaa, memandangkan hari ni Khamis dan malam ni malam Jumaat *wink wink* :D
Aku nak share dengan kawan-kawan semua antara surah yang boleh diamalkan di malam Jumaat. Aku tahu mesti ramai yang dah tahu kan, tapi aku nak share jugak. Suka hati aku lah, belog akuh. hemohemo
1. Membaca Surah Al-Kahfi (18)
Surah ni boleh tahan panjang jugak. Ada 110 ayat. Ustaz pon cakap boleh berbelit lidah kalau siapa yang tak biasa baca.
Kelebihan surah ni, siapa yang baca surah ni pada malam Jumaat akan di ampuni Allah dari Jumaat ke Jumaat seterusnya. Subhanallah
Daripada Umar berkata: Nabi s.a.w bersabda: [HR Ibnu Katsir]
"Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Untuknya cahaya di hari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat."
Daripada Abi Said al-Khudri berkata: [HR Ibnu Katsir]
"Sesiapa membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat maka dihamparkan (disinarkan) untuknya daripada cahaya antara dia dan bait al-Atiq"
2. Membaca Surah Yasin (36)
Surah ni aku sure ramai orang yang dah memang selalu amalkan setiap malam Jumaat kan. Antara fadhilat surah Yasin ni :
Dari Abu Hurairah ra. Rasulullah s.a.w bersabda: [HR Baihaqi]
"Siapa yang baca surah Yasin pada malam Jumaat maka pagi-pagi ia mendapat pengampunan"
"Siapa yang membaca surah Yasin dengan tulus ikhlas kerana Allah, maka diampunkan baginya dosa-dosa yang lalu, maka bacakanlah pada orang-orang yang akan mati (orang yang telah mati)"
3. Surah ad-Dukhan (44)
Daripada Abu Hurairah r.a berkata, nabi s.a.w berkata: [HR Ibnu Katsir]
"Sesiapa membaca "Haamim Ad-dukhan" pada malam Jumaat, maka diberi keampunan baginya"
Hah, jadi ni lah antara surah-surah yang boleh kita amalkan di malam Jumaat. Dari kita duk buat benda yang belum tentu ada pekdah nya kan, baik la kita baca al-Quran. Ada jugak pahalanya, in shaa Allah.
Amin.
No comments:
Post a Comment