Thursday, December 20, 2012

Larian Amal GAZA UiTM Dungun

Assalamualaikum


Habis je last test malam Senin haritu aku dengan housemate singgah gerai burger ni. Burger dia boleh dikatakan femes jugak la dekat daerah Dungun. Kalau sesapa yang lalu Jalan Balai besar - Gong Pasir memang akan perasan gerai dia. Tapi malam je la diorang buka. Burger dia memang sedap hingga menjilat bibir.

Ni je yang aku sempat snap malam tu


Sesambil tunggu burger kitorang siap tu kan kawan aku ni buka la koran sinar harian kat situ. Belek punya belek terbacalah berita ni.

Memula kawan aku baca 3juta sumbangannya.. Terkejut monyet aku. Bila aku tengok balik, rupanya 3ribu. 


Klik gamba untuk tumbesaran



Patut la masa kitorang pegi kelas pagi Ahad tu berderet-deret pelajar berlari tengah hujan. Ingatkan ada KOKO ke apa. 

Jadi nya disini aku tumpang gembira la jugak even aku tak terlibat pon dalam aktiviti ni. Respect la kat diorang sebab dapat kutip hampir RM4,000 tu untuk Gaza. Alhamdulillah.

*Untuk berita lanjut boleh klik SINI



No comments: